11 Perkara Yang Membatalkan Solat (Tak Sah, Perlu Sembahyang Lagi)
Sebelum ini, kami telah berkongsi rukun solat. Selanjutnya, berikut ialah perkara-perkara yang membatalkan solat.
Perkara yang membatalkan solat
- Semua perkara yang membatalkan wuduk
- Terkena najis jika tidak segera dibuangkan
- Terbuka aurat dan tidak segera ditutup kembali
- Berkata-kata dengan sengaja, sekalipun sedikit, termasuklah ketawa
- Tidak boleh berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada Al-Quran, zikir atau doa
- Makan dan minum
- Tiga kali bergerak berturut-turut seperti bergerak tiga langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturut-turut
- Berubah niatnya. Contohnya, niat memutuskan solat atau sangsi iaitu ragu-ragu dalam kehendaknya untuk memutuskan solatnya itu
- Menambah rukun fi'li iaitu perbuatan dengan sengaja. Contohnya, menambah bilangan rukuk dan sujud.
- Meninggalkan salah satu daripada rukun-rukun solat seperti tidka membaca Al-Fatihan atau tidak iktidal
- Meninggalkan salah satu daripada syarat-syarat solat seperti tidak menghadap kiblat
- Murtad, iaitu keluar daripada agama Islam
Persediaan sebelum solat
Jadi, untuk mengelakkan solat kita dari terbatal, perlulah membuat persediaan yang sempurna sebelum mendirikan solat.Antaranya ialah:
- Berwuduk dengan sempurna (Sila rujuk cara ambil wuduk)
- Memakai pakaian yang bersih
- Mendirikan solat di tempat yang bersih
- Menunaikan solat pada awal waktu
- Membaca ayat-ayat semasa dalam solat dengan betul
- Melakukan rukun-rukun solat dengan sempurna
Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor