Cara Jawab Azan (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Cara Jawab Azan (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh)

Cara jawab azan merujuk kepada kaedah atau tatacara menjawab seruan azan dengan mengulangi lafaz-lafaz tertentu yang diucapkan oleh muazin. Jawapan kepada azan ini adalah sunnah dan mempunyai lafaz khusus yang perlu diikuti, sebagaimana yang diajarkan dalam hadis Rasulullah SAW. Tujuan menjawab azan adalah untuk untuk memperoleh pahala dan keberkatan serta menunjukkan penghormatan kepada seruan solat. Ini termasuk cara menjawab azan Subuh yang sedikit berlainan.

Azan ialah lafaz seruan yang dilakukan oleh seorang muazin untuk mengajak umat Islam menunaikan solat fardu lima waktu, bagi menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat. Azan mengandungi kalimah-kalimah tauhid dan panggilan kepada kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan mempunyai tatacara serta lafaz yang ditetapkan dalam Islam. Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan bukan perempuan.

Bagaimana Cara Jawab Azan?

Ketika mendengar seruan azan, umat Islam disunnahkan untuk menjawab setiap lafaz yang diucapkan oleh muazin dengan cara berikut:

Dalam Rumi

  • Allahu Akbar, Allahu AkbarAllahu Akbar, Allahu Akbar
  • Ashhadu an la ilaha illa-AllahAshhadu an la ilaha illa-Allah
  • Ashhadu anna Muhammadan RasulullahAshhadu anna Muhammadan Rasulullah
  • Hayya ‘ala as-salahLa hawla wa la quwwata illa billah
  • Hayya ‘ala al-falahLa hawla wa la quwwata illa billah
  • Allahu Akbar, Allahu AkbarAllahu Akbar, Allahu Akbar
  • La ilaha illa-AllahLa ilaha illa-Allah

Kepada anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, lihat jadual yang kami sediakan di bawah:

Maksud

  • Allah Maha Besar, Allah Maha BesarAllah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan AllahAku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
  • Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan AllahAku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah
  • Marilah mendirikan solatTiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah
  • Marilah menuju kejayaanTiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah
  • Allah Maha Besar, Allah Maha BesarAllah Maha Besar, Allah Maha Besar
  • Tiada Tuhan melainkan AllahTiada Tuhan melainkan Allah
Cara jawab azan

Cara jawab azan

Bagaimana Cara Jawab Azan Subuh?

Dalam azan Subuh, terdapat tambahan lafaz "الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِّنَ النَّوْمِ" (As-salatu khayrun minan-naum). Jawapannya adalah "صَدَقْتَ وَبَرِرْتَ" (Sadaqta wa bararta).

Rumi

  • As-salatu khayrun minan-naumSadaqta wa bararta

Maksud

  • Solat itu lebih baik daripada tidurBenarlah engkau dan engkau telah berbuat baik

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah ini:

Untuk lafaz khusus solat Subuh ini, maka anda perlu menjawab seperti berikut:

Bagaimana Cara Jawab Iqamat / Iqama?

Ketika mendengar iqamat, jawapan bagi setiap lafaz adalah sama dengan azan, kecuali apabila muazin menyebut "قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ" (Qad qāmatiṣ-ṣalāh), maka makmum menjawabnya dengan lafaz yang sama.

Rumi

  • Qad qāmatiṣ-ṣalāhQad qāmatiṣ-ṣalāh

Maksud

  • Telah didirikan solatTelah didirikan solat

Ada orang eja iqamah, ada orang mengeja dengan ejaan iqamat. Kedua-duanya sama sahaja. Berikut ialah cara untuk menjawab iqamah / iqamat dalam bentuk visual:

Cara jawab iqamah

Apa Perkara Sunat Sebelum Melaungkan Azan?

Sebelum melaungkan azan, terdapat beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan:

  1. Melafazkan dengan Jelas dan Merdu – Azan harus dilaungkan dengan suara yang jelas dan tidak tergesa-gesa.
  2. Berwuduk – Disunnahkan untuk berada dalam keadaan suci sebelum melaungkan azan.
  3. Menghadap Kiblat – Muazin hendaklah menghadap ke arah Kaabah ketika azan.
  4. Berdiri – Azan sebaiknya dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali jika ada keuzuran.
  5. Meletakkan Jari di Telinga – Muazin disunnahkan untuk meletakkan jari di kedua-dua telinga bagi menguatkan suara.
  6. Menoleh ke Kanan dan Kiri – Ketika menyebut Hayya ‘ala as-salah, hendaklah menoleh ke kanan, dan ketika Hayya ‘ala al-falah, menoleh ke kiri.

Apa Bacaan Doa Selepas Muazzin Selesai Melaungkan Azan?

Selepas azan selesai, disunnahkan untuk membaca doa berikut:

Dalam Arab

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Dalam Rumi

Allahumma rabba hadzihid-da‘watit-tāmmati was-salātil-qā’imah, āti Muhammadanil-wasīlata wal-fadhīlah, wab‘ath-hu maqāman mahmūdanil-ladzi wa‘adtahu, innaka lā tukhliful-mī‘ād

Maksud

"Ya Allah, Tuhan yang memiliki seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan keutamaan, dan bangkitkanlah baginda di tempat yang terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."

Berikut ialah doa selepas azan yang sunat dibaca dalam bentuk visual:

Doa selepas azan dan iqamat

 

Sumber: Buku Kem Bestari Smart Solat, Bahagian Pengurusan Dakwan Jabatan Agama Islam Selangor dan Shafiqolbu

WhatsApp Daftar sekarang